- Perkataan yang digunakan untuk membilang
- Digunakan bersama-sama Kata Bilangan
- Hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata Benda
(Kata Bilangan) (Penjodoh bilangan) (Kata Benda)
Contoh :
Buah
- Digunakan untuk membilang benda-benda yang besar
- Boleh digunakan juga dengan kenderaan dan tempat
Contoh :
Biji
- Digunakan untuk membilang buah-buahan dan benda kecil yang bulat
Contoh :
Helai
- Digunakan untuk membilang benda-benda yang lembut , lebar dan pakaian
Sehelai daun
Sehelai kertas
Sehelai baju
Ekor
- Digunakan untuk membilang binatang
Seekor ayam
Seekor burung
Tiga ekor kambing
Kuntum
- Digunakan untuk membilang bunga
Sekuntum bunga
Batang
- Digunakan untuk membilang benda yang lurus , keras dan panjang
Contoh:
Sebatang penyapu
Sebatang pokok
Tiga batang pensel
Pasang
- Digunakan untuk membilang benda berpasangan
Sepasang cermin mata
Sepasang kasut
Sepasang sarung tangan
Bilah
- Digunakan untuk membilang senjata yang tajam dan runcing
Sebilah kapak
Sebilah pedang
Sebilah pisau
Laras
- Digunakan untuk membilang senjata api
Selaras meriam
Selaras pistol
Selaras senapang
Butir
- Digunakan untuk membilang benda-benda yang bujur dan kecil
Sebutir bom tangan
Sebutir peluru
Das
- Digunakan untuk membilang bunyi letupan dan tembakan
Satu das tembakan
LATIHAN
Tulis penjodoh bilangan yang sesuai bagi gambar di bawah
1. Se____ rumah.
3. Se________ motosikal.
4. Se_________ pisau.
5. Se________ bunga.
2. Se________ ayam.
3. Se________ motosikal.
4. Se_________ pisau.
5. Se________ bunga.
5. Se_______ pisang.
Garis penjodoh bilangan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong
1. Rohani sedang menjahit se______ baju. ( keping , helai )
2. Amir membasuh se______ kasut sekolah. ( pasang, buah )
3. Anis menatap se______ gambar ibunya. (keping , helai )
4. Arif menangkap se_______ayam di dalam reban. ( ekor , orang )
5. Lembu itu diikat dengan se_____________ tali. ( ulas , utas )
MARI MENYANYI